Wednesday, June 18, 2014

Wajik Pulut atau Pulut Kacau

Resepi ni ain gigih cari dan share sbb ain teringin sangat nak makan. Nnti sabtu ke ahad ain buat dan ain share dengan korang eh gmbrnya yek.

Bahan2
2 cawan beras pulut @ ½ kg beras pulut – rendam semalaman bersama ½ sudu the kapur makan
1/2kg gula merah/nisan/gula melaka
250gm gula putih
1 ½ biji kelapa – jadikan 3 gelas santan
2 helas daun pandan – disimpul
daun pisang secukupnya

cara2
  1. beras pulut yang telah direndam semalaman, diangkat dan ditoskan dan kukus hingga masak
  2. masukkan 2 cawan santan, gula melaka/gula merah serta gula pasir dan kacau sebati
  3. masukkan daun pandan yang telah disimpul dan teruskan mengacau dengan api sederhana
  4. apabila gula telah menggelegak, masukkan pulut sedikit demi sedikit dan teruskan mengacau dengan api yang perlahan
  5. masukkan lebihan 1 cawan santan lagi dan kacau sehingga sebati dan pekat
  6. apabila pulut kelihatan telah bersalut dengan gula dan berkilat boleh di angkat dan diletakkan dalam dulang yang telah dilapik dengan daun pisang
  7. siap untuk di hiding

sumber : FB Makanan Malaysia terbaik

0 org yang baik hati komen:

Post a Comment