Saturday, June 29, 2013

Final Raja Lawak Musin Ketujuh

Final Raja Lawak Musin Ketujuh berlangsung di Dewan MBSA, Shah Alam pada 28 Jun 2013 dan dibawakan secara eksklusif di Astro Warna ( saluran 132 ) dan Mustika HD (saluran 134 ). 

Slogan untuk final musin ini adalah "Takkan Lawak Hilang Di Dunia" yang di ubah suai dari kata-kata lagenda pahlawan Hang Tuah.

Tema adalah Bebas dan Komedi Muzikal dengan menampilkan para pelawak senior untuk berganding dengan peserta akhir.


Johan dan Zizan
Pengacara program Johan dan Zizan.


Kumpulan Sakan

Kumpulan pertama adalah Kumpulan Sakan yang dianggotai oleh Husni Ashraf Hassan ( 33 ), Mohd Shaiful Nizam Mansor ( 34 ) dan Ku Ismafaizal Ku (33 ) adalah peserta gabungan dari Perlis dan Kedah.

Kumpulan Wala

Kumpulan kedua adalah Kumpulan Wala yang dianggotai oleh Wan Mustapha Muntek ( 30 ) dan Walawd Parman ( 28 ) yang berasal dari Sabah.


Kumpulan Gamat

Kumpulan ketiga ialah Kumpulan Gamat dianggotai oleh Mohd Hafiz Abdul Ghani ( 28 ) dan Nor Alham Abdul Rahim ( 20 ) yang berasal dari Perak.

Kumpulan Bora

Kumpulan keempat ialah Kumpulan Bora yang dianggotai oleh Muhammad Abdul Rahim Shah ( 28 ), Muhammad Hanafiah Azman ( 26 ) dan Muhammad Isa Jaafar ( 29 ) yang berasal dari Singapura.



Keputusan Akhir adalah: 



Tempat Keempat ialah Kumpulan Gamat dengan RM10,000



Tempat Ketiga ialah Kumpulan Bora dengan wang tunai RM30,000.




Naib Juara dimenangi oleh Kumpulan Sakan membawa pulang hadiah RM50,000.




 Juara Raja Lawak Musim Ketujuh adalah Kumpulan Wala dengan membawa pulang hadiah utama RM100,000



0 org yang baik hati komen:

Post a Comment