.

Monday, April 1, 2013

Review Filem Dua Kalimah

Dua Kalimah , Tajuk Filem yang bakal Menjengah Panggung pada 4 April 2013 terbitan MIG. Filem yang ke 72 MIG ini diarahkan oleh Eyra Rahman merupakan Filem ke – 2 beliau selepas Aku Terima Nikahnya. Filem yang berunsurkan Romantik Islamik nie di bintangi oleh pelakon hebat yang berbakat besar iaitu Shaheizy Sam , Nora Danish dan Yana Samsudin . Turut di bantu oleh Shima Anuar , Mikael Andre , Siti Aziz , Adiba Yunus dan Niezam Zaidi . Filem ini turut menampilkan pelakon yang berpengalaman seperti Wan Hanafi Su , Kartina Aziz , Rashidah Jaafar , Azlan Komeng , Kay Maria dan Ustaz Dini. Filem bercorak Islamik ini berlatar belakangkan keindahan dan kedamaian perkampungan persisiran Pantai di Kemaman, Terengganu.

barisan pelakon-pelakon serta pengarah




Sinopsis :


Aiman (Shaheizy Sam) merupakan anak muda yang disayangi dan disenangi oleh penduduk kampung kerana akhlaknya yang baik. Dia mempunyai kekasih hati yang solehah bernama Humaira (Yana Samsudin) dan berjanji akan mengahwininya kelak.

Aiman berjaya melanjutkan pengajian ke luar nagara. Semasa berada di sana Aiman telah berkenalan dan jatuh cinta kepada Salena (Nora Danish) seorang yang gadis yang jelita. 

Aiman mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halaman, sepanjang perjalanan mereka berdua menghadapi tiga kematian daripada orang yang berlainan dan melihat sendiri azab yang diberi Tuhan secara tunai kepada si mati yang mana semasa hayat si mati pernah mengamalkan ilmu sihir, berzina dan tidak menghormati orang tua.

Sebelum Aiman melanjutkan pengajiannya


Kejadian dalam perjalanan pulang ke rumah Aiman


Apakah nasib Aiman seterusnya? Masih sempatkah untuk Aiman bertaubat atas segala dosa-dosanya? Adakah Selena masih setia untuk menanti Aiman menunaikan janjinya?




Review :
1. Filem yang baik untuk di tonton , tahniah kepada pengarah membuatkan penonton mengalirkan air mata

2. Massage yang nak di sampaikan dalam Filem nie, mudah sangat dan korang boleh faham punya. Orang yang buat jahat pasti ada balasan dari Allah s.w.t.

3. Penghayatan lakonan watak utama, memang x leh dinafikan lagi, gandingan yang menjadi dan mantap.

4. Setiap babak yang berlaku, akan ada perasaan tertanya-tanya, sebab banyak kemungkinan boleh terjadi. Tambahan bila banyak scene renungan mata antara Aiman dan Selena yang membawa seribu persoalan.

4.5 / 5 Bintang

0 org yang baik hati komen:

Post a Comment