.

Saturday, March 16, 2013

Khabir Bhatia Kembali Dengan Filem SEMBUNYI




KHABIR BHATIA KEMBALI DENGAN “SEMBUNYI: AMUKAN AZAZIL” 


Buat julung – julung kalinya, pengarah tersohor Kabir Bhatia menghasilkan sebuah filem seram pertama beliau berjudul Sembunyi: Amukan Azazil dan dijangka bakal menampilkan kelainan di mata penonton. Filem hasil kerjasama Grand Brilliance dan Filmscape ini yang pada asalnya bertajuk Azazil telah pun ditukar tarikh penayangannya kepada 28 Mac 2013 ini. Filem ini dijangka akan menjadi penanda aras baru bagi filem bergenre seram di industri filem tanahair. 

Membariskan pelakon hebat Remy Ishak, Diana Danielle, Umie Aida, Sharnaaz Ahmad, Fizo Omar, Sara Ali dan Emelda Rusmila, filem ini bakal menjadi menyuntik nafas kualiti baru dalam filem genre seram industri perfileman tempatan. Keistimewaannya filem ini berbanding filem seram yang lain adalah dari segi sinematografinya yang cukup menarik menghidupkan lagi watak dan keseluruhan cerita ini selain digarapkan dalam penuh suspens, seram dan ganas dengan aksi yang cukup mencemaskan. 

Filem Sembunyi: Amukan Azazil mengisahkan tentang Aishah (Diana Danielle), seorang wanita muda yang hidup semasa zaman pendudukan Jepun di Tanah Malayu, telah bangun di sebuah kampung yang tenang setelah tidak sedarkan diri ketika melarikan diri daripada cengkaman tentera Jepun. Di situlah bermulanya kehidupan baru beliau dan tidak lama setelah menetap disitu, ia telah menjadi semakin jelas bahawa kampung tersebut ada menyembunyikan sesuatu yang misteri. Aishah mula dihantui oleh kehadiran seorang gadis muda yang cacat yang tidak ada orang lain melainkan beliau yang boleh melihatnya. Beliau juga mendapati bahawa ada makhluk yang berlegar-legar di dalam hutan di sekitar kampung yang menjadikan para penduduk sebagai mangsa pembunuhan. Makhluk itu adalah Azazil. 

Sempena dengan itu, anda boleh menonton trailer filem Sembunyi: Amukan Azazil yang tertera di Youtube Grand Brilliance, di www.youtube.com/gbsbteam. Segala informasi dan gambar filem Sembunyi: Amukan Azazil juga boleh didapati di laman Facebook di www.facebook.com/grandbrilliance. 

Antara barisan filem – filem lain Grand Brilliance yang bakal menemui anda pada 2013 adalah Bisikan Syaitan (2 May 2013), Pecah, Pengapit, Balada Pencinta, KL Zombi, Mamak Cupcake, Lebuhraya Ke Neraka, Penanggal, KL Gangster 2 dan Anak Jantan yang mana dijangka bakal memecah rekod industri perfileman tanah air. Antara filem – filem terbaru yang sudah selesai sesi penggambaran adalah Sejoli (arahan Osman Ali) dan Gila Baby (arahan Kabir Bhatia). 


'























Mengenai Grand Brilliance dan Primeworks Studios Sdn Bhd 

Grand Brilliance merupakan unit pengeluaran filem di bawah Primeworks Studios yang mengeluarkan kira-kira 10 filem setahun dalam pelbagai genre. Antara filem yang telah menerima pengiktirafan antarabangsa di festival filem seluruh dunia termasuk filem Cinta dan karya-karya Allahyarhamah Yasmin Ahmad, Mukhsin dan Talentime. 

Primeworks Studios merupakan anak syarikat Media Prima Berhad yang merupakan syarikat penerbitan terbesar di Malaysia. Terlibat dalam penghasilan program TV sejak tahun 1984 dan filem sejak tahun 1994, Primeworks menerbitkan lebih 5,000 jam kandungan TV setahun. Selain penerbitan program televisyen dan kandungan lain, Primeworks Studios turut terlibat dalam pengedaran dan pemasaran kandungan. Primeworks Studios penyumbang terbesar kandungan kepada empat saluran televisyen komersil dalam kumpulan Media Prima, iaitu TV3, NTV7, 8TV dan TV9 – merangkumi kandungan pelbagai genre seperti program hiburan, majalah, dokumentari, drama dan sukan. Rancangan yang popular merangkumi Anugerah Juara Lagu, Majalah 3, Nona, Welcome to the Rail World, Jalan Jalan Cari Makan, One In A Million, Mentor, Wanita Hari Ini, Melodi, Jejak Rasul, 999 dan Idola Kecil. 

































Primeworks Studios 

Primeworks Studio Sdn Bhd merupakan anak syarikat terbesar Media Prima Berhad dan syarikat produksi terbesar di Malaysia. Ia mula menerbitkan rancangan TV semenjak tahun 1984 dan mengeluarkan filem rencana sejak tahun 1994 dengan hasil purata lebih 5,000 jam. 

Primeworks terdiri daripada aktiviti – aktiviti bisnes yang merangkumi penciptaan serta pengagihan dan pemasaran kandungan. Terdapat empat televisyen komersial yang disalurkan oleh kumpulan Media Prima iaitu TV3, NTV7, 8TV dan TV9, di mana menjadikan sebahagian besar sumber perniagaan termasuklah hiburan, majalah, dokumentari, drama dan program sukan. Selain itu, antara rancangan – rancangan popular seperti Anugerah Juara Lagu, Majalah 3, Nona, Welcome to the Rail World, Jalan Jalan Cari Makan, One In A Million, Mentor, Melodi, Jejak Rasul dan Idola Kecil turut disiarkan. 

Secara keseluruhannya,Grand Brilliance telah berjaya menerbitkan sekitar 10 buah filem setiap tahun secara konsisten. Cinta, Mukhsin, Talentime dan Songlap merupakan filem-filem yang mendapat pengiktirafan antarabangsa dan ditayangkan di festival-festival filem seluruh dunia. 



















0 org yang baik hati komen:

Post a Comment