.

Tuesday, October 16, 2012

Review Filem PE3



Hi semua... Hari nie ain nak review filem PE3... yang mana previewnya telah berlangsung pada 15 Oktober 2012 dan filem ini akan berada di pawagam yang berdekatan anda pada 18 Oktober 2012...

Sebelum tu ain nak share sedikit info tentang filem ini dan juga Pengarah yang kacak lagi bergaya.... Jejaka idaman MALAYA... opsss tapi beliau akan menamatkan zaman bujang bersama tunang pada 3 November 2012.... da2 korang tak pyh nak berangan sgt nak dpt FK ok.... kikiki....

untuk pengetahuan korang Filem ini merupakan Filem ke 67 terbitan MIG dan menampilkan pengarah muda yang begitu kreatif dalam filem bergenre AKSI... sape lagi kalau bukan Mr. Farid Kamil (FK).... Dan kalau korang nak tau FK tersenarai dalam SKIM 10 PENGARAH MUDA... Beliau menampilkan sesuatu yang baru dalam karya kali ini....

FYI jugak, PE3 merupakan antara Filem termahal terbitan MIG yang mana Filem ini menelan kos sebanyak 2 Juta termasuk promosi... WOWWWW banyak tuh..... Dan filem ini tak kan berjaya tanpa sokongan padu dari pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM Pulau Pinang)....

Seperti yang di terangkan oleh FK sebentar tadi... Warna pada poster PE3 tak ade kena mengena dengan mana-mana pertubuhan di Malaysia. Ianya hanya sekadar warna... Yang mana warna Merah dan Kuning merupakan Warna Primer dan Hijau pula Warna Skunder.... Ala... kite dulu masa sekolah pun belajar kan... Dan PE3  bermaksud Plan yang ketiga.... Dan Filem ni FK dapat idea dari kisah rompakan mikro chip yang berlaku di Penang satu masa dahulu

Jom baca sinopsis Filem PE3



Mengisahkan mengenai satu geng rompakan yang terkenal di Pulau Pinang yang diketuai oleh megat (Farid Kamil). Megat seorang yang cekap dalam merancang strateginya sehingga Pihak Polis tidak berjay menangkapnya. Megat mempunyai seorang adik perempuan, Lina (Diana Amir) yang amat disayanginya kerana hanya Lina sahajalah di dunia ini. Lina langsung tidak tahu mengenai kegiatan abangnya....

Berlaku satu cubaan ragut terhadap Lina yang mana Lina telah diselamatkan oleh Fumi (Kamal Adli). Fumi merupakan seorang anak muda yang mempunyai masalah wang dan sering di kejar Ah Long. Pertemuan pertama dengan Lina telah membibitkan perasaan sayang dan cinta diantara mereka sehingga mahu berkahwin. Megat yang sayangkan adiknya terpaksa menerima Fumi sebagai adik iparnya.

Megat mula menunjukkan dunianya yang sebenar kepada Fumi. Megat dan Fumi bekerjasama dalam melakukan rompakan namun setiap rompakan mereka berjaya dipatahkan oleh pihak Polis. Megat mula syak yang ada pengkhianat dalam gengnya sendiri. Keadaan mula huru hara di antara mereka. namun Megat dengan bongkaknya teruskan juga kegiatan dan akhirnya menjadi buruan Polis sehingga banyak nyawa yang melayang kerana kedegilannya.

Siapakah pengkhianat tersebut? Adakah Megat akan terlepas lagi? Saksikan kesudahannya yang penuh dengan aksi gempak dala PE3

Trailer PE3




komen ain


  • Filem ini berjaya buat satu pangung ketawa terbahak2
  • Berjaya buat penonton terus melekat di kerusi untuk terus saksikan kesudahan Filem PE3
  • Aksi yang sangat2 best.... Lakonan FK, Kamal Adli, Along eyxendy, Taiyuddin, Soya mmg terbaik
  • Merupakan Filem Aksi Komedi yang harus tonton....
  • kalau korang rasa nak tengok kebolehan Mr. David Teo kite ni berlakon... Haaaa Filem ni korang kena tengok wokey....
  • Korang pasti enjoy tengok cerita nih....memang tak rugi la nengoknya...
  • Ain kasi 4.5/5 Bintang
P/s : Harap korang jangan kondem pasal Diana Amir yek... Filem ini shooting dah lama yakni sebelum Diana Amir mengambil keputusan untuk berhijab..... 

6 org yang baik hati komen:

  1. OOoo.. citer ni dh lama shooting kan.. sbb Diana Amir tak pakai tudung lg time ni.. kan...

    ReplyDelete
  2. banyaknye bintang cite sampah ni..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam en pedot.... setiap org ade pandangan masing2... awk tak blh nk ckp sampah... setiap org ade pendapat masing2... kalau awk tak suka tak payah tengok... tu jer....

      Delete