.

Monday, September 24, 2012

Domino's lancarkan usaha amal??


Pada August yang lepas ain berpeluang sama2 untuk ke majlis berbuka puasa bertempat di Domino's The Weld. Bersempena dengan pembukaan cawangan yang keseratus di Malaysia, Domino's yang di kenali sebagai Pakar penghantaran Pizza utama di dunia mengumumkan komitmentnya untuk usaha amal melalui kempen 100,00 Meals-for-the-Needy. Pengumuman tersebut telah di kongsi bersama pada majlis berbuka puasa anjuran Pelakon Cilik lagi comel lote Mia Sara Nasuha....


Mengikut kajian, hampir 5% daripada rakyat Malaysia tidak mendapat khasiat yang secukupnya. Menyedari hakikat itu, Domino’s Pizza Malaysia menghulurkan bantuan kepada golongan yang kurang bernasib baik ini melalui salah satu inisiatif ‘Corporate Social Responsibility (CSR)’ dengan menganjurkan  program ‘Membungkus Makanan’ pada 13 Oktober 2012.  Melalui program ini, seribu bungkus makanan bernilai RM 100,000.00 akan disediakan dan dibungkus dengan bantuan 240 orang sukarelawan. 




Makanan tersebut akan diagihkan kepada golongan tidak berumah dan juga keluarga-keluarga  miskin yang menghadapi kebuluran di seluruh Malaysia. Kandungan bungkus makanan ini mengandungi makanan ruji yang boleh bertahan selama tiga tahun dan antaranya adalah beras, tepung, sayuran campuran dehidrasi dan pek vitamin.



Bermula dari 6 Ogos  hingga 12 Oktober 2012, para pelanggan Domino’s Pizza boleh menyertai pemacu program menangani masalah kebuluran ini dengan hanya membeli pizza kegemaran mereka. Dengan setiap pesanan, Domino’s akan menyumbangkan RM 0.10 untuk menjayakan program 100,000 Meals-for-the-Needy tanpa sebarang kos kepada pelanggan mereka.



Hasfahlinda Hassan, Pengurus Pemasaran Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura turut hadir di Majlis Iftar adik Mia Sara Nasuha untuk memberi penjelasan kepada tetamu tentang program 100,000 Meals-for-the-Needy yang juga merupakan program CSR terbaru dan terbesar Domino’s.

Antara selebriti tempatan yang turut hadir di majlis tersebut ialah penyanyi Kaka Azraff dan pelakon remaja Elfira & Ezlisa Loy.

Turut sama memberi sokongan untuk program 100,000 Meals-for-the-Needy ialah Lisa Surihani dan Fizo Omar.

Jom kite lihat video sekitar majlis tersebut :) 


0 org yang baik hati komen:

Post a Comment