.

Wednesday, July 4, 2012

Tektik baru pencuri dan perompak

SILA BACA OKEYYY


Kes ini telah disahkan oleh kakitangan Shell di TTDI, yang berlaku di simpang seksyen 17, Petaling Jaya!

Baru sahaja menerima laporan kes ini daripada pasukan polis tempatan di Bangsar. 

Ada taktik baru yang digunakan oleh para pencuri dan perompak & merebak ke PJ dan KL kawasan-kawasan lain. 

Berhati-hatilah apabila ada penunggang motosikal menghampiri anda semasa anda sedang memandu bersendirian di dalam kereta. 

Berkemungkinan, pencuri akan menyembur sejenis cecair pada tayar kenderaan anda dan seterusnya tayar anda akan mengeluarkan asap.

Apabila anda mengalami keadaan sedemikian, JANGAN PANIK! Cuba bertenang & JANGAN SESEKALI cuba berhenti dan meletak kereta anda untuk memeriksa apa yang sedang berlaku kerana ini adalah satu perangkap. 

Sebaik sahaja anda keluar dari kereta anda, mereka mungkin akan merampas harta benda anda atau kereta anda atau mungkin menyerang anda.

Jadi, jika anda mengalami kejadian seperti ini, segeralah memandu ke tempat yang selamat di mana terdapat orang ramai, atau ke stesen minyak atau balai polis. 

Jika terdapat kotoran pada kereta, gunakan air untuk membersihkan, itu sahaja. 

Jagalah keselamatan anda sendiri, terutamanya kepada wanita di luar sana. Apa pun yang berlaku, JANGAN hanya berjalan keluar dari kereta anda! Ini merupakan kes benar yang telah berlaku baru-baru ini. 

Kongsilah artikel ini kepada semua rakan-rakan anda & keluarga sebelum sesuatu terjadi kepada mereka.


SILA SEBARKAN YA

11 org yang baik hati komen:

  1. perkongsian yg baik!

    salam kenal dari zana.. nice blog!

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal jugak awk.... sharing is caring kan :)

      Delete
  2. Hari hari nurul lalu sana.. siang malam, Takutnya...

    Time kasih kak ain.. :)

    ReplyDelete
  3. ishhh mengerikannn .. rasa tak selamat dimana mana sekarang kannn

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah kan... mmg ngeri sangat... tak tau lah kan makin lama makin ganas.... kite kena hati2 jer lah

      Delete
  4. Moga kita dilindunginya.. Takutt :)

    ReplyDelete
  5. mcm2 cara la dieorg nie nak merompak kan..moga dijauhkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la falsya skrg nie semua di luar jangkaan... berani tul diorg nih kan

      Delete