.

Tuesday, July 17, 2012

Malam Preview Filem SAM (Saya Amat Menyintaimu)

Semalam ain berkesempatan untuk turut berada di malam Preview Filem SAM di GSC MidValley... Filem ini di bintangi oleh Pelakon2 hebat antaranya Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Syamsul Yusof dan banyak lagi... Untuk pengetahuan semua filem ini merupakan Filem arahan 'The Youngest Film Director’ dari Malaysia... Tau tak siapa??

Syafiq Yusof

Ini merupakan percubaan pertama beliau yang mana ketika Filem ini di buat beliau hanya berusia 18 Tahun... Sesuatu yang mana sangat2 membanggakan... Bila kita tengok filem ini kita tak kan rasa yang filem ini di arahkan oleh pengarah muda seperti beliau... Ain memang kagum giler dengan hasil Filem nie... Good Job SYAFIQ YUSOF...  dan lakonan mantop dari pelakon2 yang terlibat.....

Filem ini ain kategorikan sebagai FILEM WAJIB TONTON.... sbb korang mmg akan sangat2 suke lah dengan filem nie... Filem ni buat ain tak senang duduk dalam panggung... Ain tak leh nak cerita lebih2 sbb nnti dah tak jadi suprise kan...

Untuk pengetahuan korang filem nie akan berada di panggung2 berdekatan dengan korang pada 19 Ogos 2012 yakni pada Hari Raya Aidilfitri yang pertama.... Jom kite serang panggung ramai2..... Pada yang nak tau sinopsis cerita nie?? baca kat bawah ni...


SINOPSIS 

SAM  (Saya Amat Mencintaimu)

Filem ini mengisahkan tentang Sam, seorang lelaki yang bekerja di sebuah syarikat percetakan. Sam bercinta dengan seorang gadis bernama Lisa yang juga rakan sekerjanya. Pelbagai peristiwa manis dan lucu berlaku dalam kisah cinta mereka.

Konflik bermula apabila Lisa sering diganggu oleh Haikal yang menimbulkan pergaduhan di antara Sam dan Haikal. Dalam masa yang sama, seorang lelaki kacak (Jefri) juga menaruh hati pada Lisa.

Satu pergaduhan berlaku antara Sam dan Haikal yang mengakibatkan Haikal dipecat oleh majikannya. Haikal bengang lalu berjanji akan membalas dendam terhadap Sam. Selepas kejadian itu, Sam diganggu oleh kelibat lelaki misteri yang selalu mengganggu dirinya. Sehingga ke satu tahap, Sam dan Lisa diculik oleh lelaki misteri tersebut.

Jefri iaitu rakan sekerja Sam menyedari kehilangan Sam dan Lisa mengambil keputusan untuk mencari mereka. Sam dan Lisa pula panik apabila dia tersedar dirinya diculik dan dikunci di sebuah kilang lama kepunyaan syarikat majikannya. Pelbagai rintangan dan cabaran dilalui oleh Sam untuk menyelamatkan Lisa serta mencari jalan keluar.

Persoalannya, dapatkah Jefri menjejaki kehilangan mereka? Adakah mereka terselamat? Dan yang paling penting sekali…siapakah penculik itu??? Segala-galanya bakal terjawab dalam“SAM” sebuah filem cinta bercorak thriller dari pengarah muda Syafiq Yusof.

Jom tengok trailer nie... 





antara yang terlibat dalam Filem SAM

3 org yang baik hati komen:

  1. tu la pasal ada nampak gambar fimie don je.... tapi dia bawa watak apa yeee... promot la di sekalikan....

    ReplyDelete
  2. Menarik juga filem ni. Thriller!

    Review kami : Filem SAM

    ReplyDelete
  3. ada juga peminat Fimie don yes for me dia kanak2 terbaek, tapi now dah remaja la kan.... all the best to syafiq dan fimie don

    ReplyDelete