.

Tuesday, June 5, 2012

‎~~~~~10 tip utk menjadi suami romantik~~~~~




~Kalau pasangan anda terpaksa outstation, tunjukkan keprihatinan anda. Sediakan pengawal peribadi khas iaitu seekor teddy bear untuk menjaganya sepanjang ketiadaan anda.

~Kirimkan jambangan bunga terus ke pejabat pasangan anda. Sebagai suatu surprise, pasti ianya akan menjadi memori indah disamping komen2 and kata2 pujian oleh rakan sekerjanya.

~Apa kata sekali sekala tukar panggilan manja anda dan pasangan. Daripada honey kepada sayang, sayang kepada anje, anje kepada mummy, mummy kepada dinda dsb…Jangan terkejut panggilan adek pon boleh membuatkan pasangan anda merasa begitu special!

~Payungkan si dia apabila hari hujan. Jangan lupa menyuruh pasangan rapat pada anda supaya bajunya tidak basah. Lebih baik lagi jika anda memegang payung sambil si dia memeluk pinggang anda ketika berjalan –

~Jangan gunakan intonasi suara yang tinggi ketika berbicara dengan pasangan. Sebaliknya lembutkan tutur kata anda meskipun ketika berada dalam keadaan marah. Anda pon mesti tak suke jika ditengking bukan?

~Jadi teman yang paling prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh pasangan anda. Dengar segala keluhan dan rintihan pasangan anda. Tapi jangan lupa, rancang kejutan untuk kembali mengembirakannya.

~jika pasangan melakukan kesilapan, beri teguran secara lembut dan berhikmah. Belakangkan ego anda, sebaliknya tegurlah dengan harapan ia menjadi tauladan kepada diri si dia.

~Jadilah peminat setia pasangan anda. Setiap individu memiliki kelebihan berbeza begitu juga anda dan pasangan. Ucaplah bahawa anda amat mengagumi si dia untuk setiap pencapaian yang dimilikinya.

~Coklat boleh memberikan ketenangan kepada mereka yang sedang berduka lara. Jadi, hadiahkan kepadanya sebagai tanda anda memohon maaf. Paling romantik jika coklat tersebut anda suapkan ke mulutnya sebagai tanda anda begitu mencintainya dan tidak boleh hidup tanpanya di sisi.

~Amalkan membaca “Yaa Waduud” sebanyak 1000 kali

sila share ye...

0 org yang baik hati komen:

Post a Comment