.

Thursday, May 10, 2012

Review Filem Nongkrong

Pada Isnin yang lalu ain telah terpilih lagi oleh MIG Online sebagai pemenang untuk peraduan pra tonton Nongkrong.... Harus lah suka kan?? dapat tengok awal dari orang lain....

First skali ain nak korang layan trailer filem ini dulu... tengok jangan tak tengok ok...




Sinopsis filem ni


Nongkrong mengisahkan tiga pemuda, Aman (Angah), Bada (Sam) dan Cumi (Epy) yang cuba mencari kekayaan dengan menggunakan jalan yang tidak sepatutnya iaitu meminta nombor ekor.

Cumi terdesak ingin meminang kekasihnya, Lin (Nuremy) manakala Bada dan Aman yang mahu mengubah nasib keluarga, tekad menemui bomoh bagi melaksanakan hasrat mereka.

Segala-galanya bermula apabila seorang bomoh handal menjalankan upacara memanggil puteri laut untuk membantu mereka. Puteri bersetuju dengan syarat, salah seorang daripada mereka bertiga iaitu Bada perlu berkahwin dengannya.

Melihatkan kejelitaan Puteri, Bada tanpa bertangguh terus bersetuju.

Usai sahaja upacara perkahwinan, Puteri bertukar rupa menjadi hantu yang menakutkan menyebabkan semua mereka lari lintang pukang. Bomoh pula dibunuh oleh hantu Puteri.

Hidup mereka berubah apabila hantu Puteri terus mengejar dan menghantui kehidupan mereka termasuklah mengganggu Zura (Siti Aziz), isteri Aman yang sedang hamil dan Haryani, anak perempuan Bada yang masih kecil.


Pendapat 

Filem ini buat penonton satu panggung tergelak-gelak sampai nak pengsan kot... memang klakar habis... tapi seramnya tak la keterlaluan sampai ain tak boleh tengok... so ain dapat meng "enjoy" kan diri tengok movie nie.... dengan adanya SAM tambah buat hati nak tengok... Aduh part paling tak tahan masa SAM jatuh dari motor... Pas tu semua ayam lari bertempiaran... Korang tau ape SAM cakap? " Yang ayam-ayam ni pun banggang... nak lari pergi mana? Alamat ada pada aku"... 

hahaha.... vongokkan? tapi kalau korang nak rasa lebih kelawakkan filem nie... ape lagi??? sila lah serang panggung berdekatan anda... yang pastinya anda pasti tak kan menyesal...

tak sah rasanya ain tak kasi rating yer tak?? so ==> 4/5 Bintang untuk filem ni....

"Memang Terbaeeekkkk Der"




"JOM TENGOK.... 10 MEI DI PAWAGAM BERDEKATAN ANDA"

1 org yang baik hati komen: