Friday, May 4, 2012

Gambar Sekitar Masjid Kota Damansara (Masjid Kuning)

Semalam ain berkesempatan untuk ke sana bersama husband... Memberi penghormatan terakhir kepada arwah....

Mesti semua tertanye ape hubungan ain dgn arwah... dr semlm ade org asyik tanye... biar ain bagi terang n jelas k... 

Antara ain dengan arwah adalah saudara sesama Islam... yang mana kami yakni Shahiezy Sam Loyalty Club (SSLC) terpanggil untuk mengadakan Jualan Amal bagi mengutip derma untuk meringankan sedikit beban arwah... Yang mana jualan amal ini telah di adakan pada 21 April 2012 (sabtu) di Uptown Sri Gombak dengan sokongan penuh Pihak SENIMAN... 

Berbalik pada Penghormatan terakhir utk arwah... Ain dapat lihat sgt banyak artis yang datang... antara yang ain dpt lihat Adlin dan Isteri, Zed Zaidi, Johan Ashari aka Botak, Afdlin Shauki, Iqram Dinzly,  Azli Senario, Lan Pet Pet dan ramai lagi....

kat bawah nie beberape keping gmbr yang dpt ain snap gune BB ain... tp tak la clear sgt....






Ain berkesempatan utk lihat arwah buat kali terakhir... rasa sedih sgt... terus mengalir air mata nie...

"DARI NYA KITA DATANG KEPADANYA KITA KEMBALI"


Sewaktu tiba di rumah arwah pada jam 4.33 petang tadi, saya melihat Bob terbaring di atas katil. Jururawat peribadinya, Mohd Farid Hamzah dan pembantunya, Kamer Farhan Kamaludin, 23 tahun, sedang melakukan CPR dengan harapan Bob kembali bernafas. 


"Berapa lama sudah melakukan CPR?," soal saya kepada Farid.

"Lebih kurang dua puluh minit bang," balas graduan lulusan Kolej Segi juga kru Penyingkap Fakta 666 itu.

Kedua mereka kelihatan penat namun tetap bersilih ganti melakukan CPR.

Farid melihat tepat ke arah saya menggelengkan kepala. Bibir arwah kelihatan berwarna biru gelap dan tubuhnya  langsung tidak menunjukkan sebarang respon positif. 


Dia faham maksud gelengan itu. Mereka telah mencuba kaedah terbaik untuk menyelamatkan Bob namun gagal.


Dua kakitangan ambulan dari Hospital Sungai Buloh tiba di rumah kira-kira jam 4.37 petang tadi dan membuat pemeriksaan teliti ke atas tubuh Bob.


"Tiada denyutan nadi, tiada degupan jantung dan anak mata sudah membesar," jelas kakitangan hospital itu.

"Elok kalau encik memberitahu isteri abang Bob," celah Farid.

Farid ternyata bersedih.

"Macam abang saya. Saya mula menjaga abang Bob sejak 17 April lalu sampailah semalam," bisiknya kepada saya.


Isteri arwah, Norma Othman, 29 tahun, berasal dari Mukah, Sarawak, dinikahinya pada 8 April lalu mengalirkan airmata sebaik dimaklumkan berhubung pemergian suaminya.

Untuk pengetahuan semua, Norma dan arwah berkongsi tarikh lahir sama, 15 April. 


Lantas saya memyedekahkan Al-Fatihah pertama buat arwah sebelum jenazah ditutup menggunakan kain.


sama2 la kite sedekahkan Al Fatihah kepada arwah... semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman... amin....

2 org yang baik hati komen: