.

Monday, May 28, 2012

Fakta atau Auta :: Beza Perempuan dan Lelaki

1. Kata nama

Kebanyakan perempuan akan bahasakan diri diorang dengan gunakan nama.. Contohnya, macam Diana, panggil Diana, Eiysya dipanggil Eiysya.. Ada jugak yang panggilguna nama glamor.. Macam Aminah panggil Min.. Cewah.. Nak glamor aje.. Haha

Tapi kalau lelaki? Haa! Korang panggil laa Bob ke, godzilla ke, gendut ke, mata-empat ke, no hal punya.. Tapi, sesama diorang je laa dan untuk sesetengah aje.. Kalau perempuan yang panggil lelaki tu gendut, hangin jugak laa kot.. Haha



2. Otak matematik

Otak matematik nih bukan pasal siapa lagi terel matematik.. Tapi, ce terai pergi makan dengan hero hero malaya.. Agak agak kalau harga set makanan tuh RM 34.40, berapa sen setiap orang akan bayar? Sama ada, setiap orang akan bagi lebih atau sorang akan sukarela untuk belanja..


Yang pasti, takkan ada punya laa yang hulur RM 11.46667 kalau keluar bertiga...46667?? Mak aih! Siap keluarkan kalkulator bagai kan.. hoho~

Tapi, toksah terkejut laa kalau perempuan buat macam ni.. Kitorang memang pakar bab bab matematik kira sen sen nih.. Ehh! Tiba-tiba.. Haha



3. Nak murah aje

Yang ni paling jelas bila perempuan shopping.. Contohnya, kalau pashmina harga 15 hengget.. Seboleh mungkin dia nak tawar menawar.. Kurang sehengget pun jadi laa.. Asalkan kurang..


Yang ni paling jelas kawan I laa.. Dia memang hebat ar bab tawar menawar nih.. I pulak jenis tak reti nak tawar menawar.. Jadi, nak senang, I heret je kawan I nih.. Memang kaw kaw punya wa cakap lu.. Kih3~



4. Barang keperluan (ekslusif bab tandas sahaja)

Jadi lelaki nih senang kan.. Ada ubat gigi dan berus gigi je dah cukup.. Kalau jenis yang teliti sket, ada lah pulak pencuci muka, pencukur dan krim mencukur.. Tambah dengan sabun dan tuala.. Lengkap sudah keperluan diorang..


Tapi, kalau perempuan pulak? Paling sengkek, wajib ada sabun mandi, syampu, pencuci muka, berus gigi, ubat gigi.. Kalau jenis yang rajin sket, mesti ada skrub muka, skrub badan, dan perapi rambut.. Yang lain-lain tuh korang namakan sendiri.. I malas.. Sebab banyak sangat, tak terfikir dah ni.. Haha




5. Pepatah zaman moden :p

Lelaki yang berjaya, bawa kesenangan buat isteri dia.. Perempuan yang berjaya merupakan perempuan yang berjaya mengorat lelaki macam tuh.. Hik3~




6. Penampilan diri

Cuba korang perhatikan makwe, tunang atau bini korang, berapa lama masa yang dia ambil untuk bersiap.. Padahal nak pergi Kedai Mek Jah sebelah rumah je pun!

1 org yang baik hati komen: