.

Monday, May 28, 2012

CERITERA CINTA SERUMPUN DALAM ‘GERIMIS MENGUNDANG’ DI PAWAGAM MULAI 31 MEI 2012

Sebuah kisah cinta tragis, gabungan pelakon dari negara serumpun, iaitu KAMAL ADLI (MALAYSIA) juga OLIVIA LUBIS JENSEN (INDONESIA), bakal ditayangkan serentak di empat buah negara, iaitu MALAYSIA, INDONESIA, SINGAPURA dan BRUNEI bermula pada 31 MEI 2012


(Filem GERIMIS MENGUNDANG ini mengisahkan kehidupan ZAMANI (KAMAL ADLI), seorang juruterbang helikopter yang selalu berada dipersimpangan dilema kehidupannya, apabila Zamani bertemu MIKHA (OLIVIA JENSEN), seorang gadis jelita sehingga berjaya menawan hatinya.) Namun, perjalanan kisah cinta mereka menghadapi pelbagai rintangan dan dugaan, di dalam persoalan BENARKAH CINTA HINGGA KE PENGHUJUNGNYA, merupakan kisah cinta mereka. 

Bagi OLIVIA LUBIS JENSEN, pengalaman terlibat dalam pengambaran Filem GERIMIS MENGUNDANG merupakan perkara yang tidak dapat dilupakannya. Katanya, " Pemandangan dan lokasi yang cukup indah, merupakan perkara yang tidak dapat saya lupakan, apabila terlibat dalam pengambaran ini, " tambahnya lagi, " Selain itu, semua yang terlibat (tenaga kerja dan pengurusan) cukup akrab, sehinggakan saya amat merindui saat bersama mereka." 


Pemegang watak ZAMANI, KAMAL ADLI cukup teruja bila diminta memegang watak utama dalam Filem GERIMIS MENGUNDANG ini berkata, " Sepanjang penglibatan dalam bidang perfileman, GERIMIS MENGUNDANG memberikan satu dimensi baru dalam watak yang pernah saya bawa. Watak sebagai seorang juruterbang helikopter, cukup memberikan cabaran dari segi persediaan, selain untuk merealisasikan watak itu di set pengambaran. 

Pengarah, AHMAD IDHAM AHMAD NADZRI, pula berkata, “Filem GERIMIS MENGUNDANG mendefinasikan semula nilai persahabatan negara serumpun yang cukup erat dan rapat semenjak dulu, melalui bidang keseniaan terutamanya perfileman.” 


Disebabkan itu juga, saya cukup berbangga dapat mengarahkan dua bintang hebat, OLIVIA JENSEN dan KAMAL ADLI dalam sebuah filem serumpun, iaitu GERIMIS MENGUNDANG yang akan ditayangkan pada 31 MEI 2012 ini." 


Perkara yang sama juga diakui oleh DATUK MD. AFENDI HJ HAMDAN, dari ERAMA CREATIVE, selaku Penerbit Filem GERIMIS MENGUNDANG. Jelas DATUK AFENDI, " Medium perfileman adalah satu cara paling mudah dalam menyatukan hati penonton, tanpa mengira sempadan geografi kerana filem adalah bahasa universal yang difahami oleh sesiapa sahaja. Hasilnya, kesepakatan dan perpaduan dapat dipupuk buat negara serumpun, seperti kita di nusantara ini." 


Selain itu, versi lagu GERIMIS MENGUNDANG ini juga diberi nafas baru untuk filem ini yang mengabungkan dua penyanyi serantau iaitu Brenda Anura dari Malaysia dan Budi DOREMI daripada Indonesia. 



Filem GERIMIS MENGUNDANG lakonan OLIVIA LUBIS JENSEN, KAMAL ADLI, DHITRA MARFIE, FELIX AGUS (AF3), DENNY MARTIN, HENNY YULIANI, EBBY CORNELIS dan ramai lagi, akan ditayangkan serentak bermula 31 MEI 2012, di empat negara serumpun, iaitu INDONESIA, MALAYSIA, SINGAPURA dan BRUNEI, terbitan ERAMA CREATIVE SDN BHD



-TAMAT-

1 org yang baik hati komen:

  1. teringin gak nk tgk cite kak ain.. nak cari tiket free lah..hahahaha

    ReplyDelete