.

Tuesday, April 10, 2012

Filem Berani Punya Budak

Berani Punya Budak filem arahan Afdlin Shauki yang mana BBC selalu tertunggu2 filem arahan beliau... kerana filem hasil arahan beliau mesti dan memang dan harus kelakar tak ingat.. kan... kan... kan.. Ape lagi?? Jom ler kite serang panggung 26 April nie... memang gerenti pecah perut lah...

jom kite layan trailer filem nie dulu...




Tarikh Tayangan : 26 April 2012

Orang kuat di sebalik Filem ini :- 

Pengarah : Afdlin Shauki

Penulis skrip : Afdlin Shauki  & Nat Nualpant

Penerbit Eksekutif : Dato’ Ismail Abdur Rahman

: Afdlin Shauki

Penerbit : Noradyman Sulaiman

Terbitan : Vision Works & Ismail Holdings

Pelakon : Afdlin Shauki, Awie, Johan Raja Lawak, Nabil, Adlin Aman Ramli, Mike B., Supaksorn Chaimongkol, Riezman Khuzaimi, Sharifah Sofia.

Klasifikasi : 18

Durasi : 145 minit

Promosi & Pengedaran : Alternate Pictures

Trailer : http://www.youtube.com/watch?v=PqWzebWVP_A&feature=share 

Sinopsis :-

Shuhaimi Abdullah/Tong dan adik iparnya, Pairot baru sahaja tiba di lapangan terbang, namun ditangkap oleh pihak Interpol dan disoal siasat kerana disyaki terlibat dengan kegiatan gangster Thailand. Di sini, Shuhaimi menceritakan mengenai kehidupan abang iparnya. 

Pairot baru sahaja keluar dari penjara dan menjalani kehidupan yang biasa dengan menguruskan perniagaan restoran bersama dengan iparnya Tong. Suatu hari Pairot telah menerima satu panggilan untuk melaksanakan satu tugasan terakhir iaitu, mencuri data peribadi pelanggan daripada syarikat kad kredit. 

Pairot telah dipaksa untuk melakukan kerja tersebut setelah pemanggil menculik Tong dan mengugut untuk membunuh dia sekiranya kerja itu gagal. Pairot terpaksa melaksanakan tugas tersebut dan berjaya melepaskan Tong. Namun demikian, perkara tersebut menjadi huru-hara apabila Pairot telah dikenalpasti sebagai penjenayah dan diburu oleh pihak polis serta Metropolitan Mafia yang mana bertindak untuk untuk membunuh Pairot dan Tong.

Kedua-dua mereka berjaya melepaskan diri dan bercadang untuk berjumpa dengan timbalan presiden syarikat kad kredit untuk memaklumkan bahawa Pairot tidak bertindak atas kehendak sendiri. Walau bagaimanapun, mereka semakin terperangkap di dalam situasi ini dan ia melibatkan konspirasi yang telah dirancang lebih awal dan bukan oleh orang yang mereka sangkakan.-

Adakah mereka dapat menegakkan keadilan untuk mereka sendiri?

1 org yang baik hati komen:

  1. dh tgk thriller cite nie tp mcm seriau je sbb mmg betul alal2 thailand..;D

    ReplyDelete