.

Tuesday, April 3, 2012

3 temujanji buat penonton menangis

hihi tajuk tu betul kot... ade yang nangis... tp ain tak nngis pun... anyway ain kasi 5 bintang dr 5 bintang... sangat2 suka cerita nih... :)

nak layan sinopsis ni dulu....

Mengisahkan seorang wanita bernama Riana (Yana Samsudin) yang tidak mempercayai lelaki dan cinta dalam hidupnya. Prinsip Riana mudah, cinta hanya membawa sengsara dan semua lelaki sama saja tak guna. Hal ini menyebabkan Riana menetapkan setiap hubungannya dengan lelaki tidak akan lebih dari tiga temujanji sahaja. Seleapas tiga temujanji, mereka akan berpisah dan tidak akan berhubungan lagi. Dengan cara ini Riana percaya yang dia akan dapat menikmati keseronokan bercinta tanpa perlu sengsara.

Segala-galanya berubah apabila muncul Mukhsin (Piere Andre), seorang lelaki yang sangat teruja dengan perkahwinan ke dalam hidup Riana. Mukhsin yang kecewa ditinggalkan kekasihnya, Adira (Wawa Zainal), memilih untuk bersama Riana untuk tiga temujanji. Sikap Mukhsin yang jauh berbeza dari lelaki lain, temujanji-temujanji yang lain dari yang lain serta hadiah istimewa yang diterimanya setiap kali bertemujanji menyebabkan Riana gagal menahan hatinya lalu jatuh cinta.

Sayangnya, selepas temujanji mereka yang terakhir, Riana gagal merendahkan egonya lalu mereka berpisah membawa haluan masing-masing seperti yang dijanjikan semasa awal perkenalan. Riana mula belajar merasa perit berpisah selepas jatuh cinta. Akhirnya Riana sedar kebodohannya lalu mengejar Mukhsin. Malangnya semuanya telah terlambat.

Apa yang bakal berlaku kepada Riana? Dapatkah Riana meralisasikan cintanya terhadap Mukhsin?




Nak tau lebih? ape lagi serang ar panggung pada 5 April nie... tak best ar kalau ain citer semua... :)
















2 org yang baik hati komen:

  1. kalau 5 out of 5 tuh mesti bestkan..tunggu download..hehehe..

    ReplyDelete
  2. semua cam suke je cite ni..tunggu kat astro first ke..tgk online nnt..hehe :)

    tak leh tgk cite jiwang2 kat panggung, hubby tak minat..huhu

    ReplyDelete