.

Thursday, March 29, 2012

Teater Muzikal Gerimis Mengundang buat penonton menangis

ain berpeluang menonton Teater Muzikal ini malam td.... serius ckp teater ni sgt best dan super da bomb... best an mmg tak rugi tgk...

tapi tak tau mana silapnya teater muzikal ini tak menarik peminat nk tgk... ape pun mgkn sbb pelakonnya bkn yg sgt ternama.... tapi please lah jgn judge sebelum p tgk... 

tp persembahan Kamal Adli, Mikha Tambayong, Kump Zero Raja Lawak 6, Taiyuddin Bakar, Najua P Ramlee yg comel dan yang lain2 sgt2 menjadi.... dan pujian harus di beri kepada artis2 ini... 

sebelum tu korang baca dulu sinopsis teater nih :

Pernahkah kita terpaksa memilih di antara dua persimpangan dalam kehidupan? Itulah yang dialami oleh Zamani seorang juruterbang mudda yang berhaapan dengan kemelut percintaan di antara dua orang gadis yang meminatinya iaitu YANA dan CINTA.

Antara persimpangan ini, ada Rizal hadir ketika Zamani, Yana dan Cinta membuat pilihan, jalan kehidupannya.

Pada masa yang sama, rakan baik Zamani, Jering berhadapan dengan konflik dengan kekasih hatinya iaitu Mulan. Apabila Mulan sakit hati dengan kelakuan Jering.

Persimpangan ini telah menyebabkan Zamani terpaksa memilih salah seorang antara mereka. Dan pilihan itu juga, telah menyebabkan berlakunya sebuah kisah tragis, yang pastinya pernah dihadapi oleh kita semua.

Siapakah yang menjadi pilihan hati Zamani?

BENARKAH CINTA HINGGA KE PENGHUJUNGNYA...

Barisan Pelakon :-

Kamal Adli sebagai Zamani

Mikha Tambayong sebagai Cinta

Taiyuddin Bakar sebagai Jering

Mohd Zulfarqar Awaluddin sebagai Belalang (Abg Joe)

Najua P Ramlee sebagai Mulan

Mustaqim Mohamed sebagai Riza

Shenty feliziana Bte Sudirman sebagai Yana

Rosli Moh Taib sebagai Kembang

Brenda Anura Lundo Jamin sebagai Brenda

Sharif Kunal sebagai Kapten Kunal (Kump Zero Raja Lawak 6)

Sharif Kadil sebagai Kapten Kadil (Kump Zero Raja Lawak 6)

dan

Mohd Syaiful sebagai Kapten Syaiful (Kump Zero Raja Lawak 6)

Kesimpulan dan pendapat ain :-

Teater ini harus di tonton kerana menampilkan kelainan dimana menghimpunkan bakat dari tiga negara serumpun, iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia... Yang mana pada pandangan ain sangat2 menarik dan hasilnya memang sangat2 tidak mendukacitakan.... Di akhir Teater ini akan membuat penonton menangis dan sebak... Dan BBC tak nampak di mana kekurangan teater ini... dgn adanya Kumpulan Zero yang seakan menyerikan teater ini dengan lawak2 mereka dan BBC rasa mmg menarik lah... Dan korang perlu tau yang Kedua2 pemegang watak utama sangat cocok.... serasi lah dan nmpk ade chemical chemistry  antara diorang.... sorang hensem sorang cantik ddan di serikan lagi dengan bakat yang sangat besar... dan tak lupa jugak ain tertarik dgn watak Mulan & Jering... Comel sgt la pasangan nie... Opsss... korang nie bercinta ke sebenarnya di luar??... sweet sgt kot....

ape pun jom ke Istana Budaya tgk TEATER MUZIKAL GERIMIS MENGUNDANG :) 

TEATER INI AKAN DI PENTASKAN DARI 

27 MARCH 2012 SEHINGGA 8 APRIL 2012

DI PANGGUNG SARI, ISTANA BUDAYA

untuk korang2 yang nk tmph tiket sila berbuat di sini

atau boleh layari : www.ticket2u.biz

atau hubungi 03-4026 5558



p/s Teater Gerimis Mengundang yang diinspirasikan dari lagu nyanyian Zamani akan dipersembahkan dalam sebuah teater yang cukup menarik, disertai dengan lagu-lagu popular yang pasti menusuk jiwa dan menggabungkan pelakon dua negara. Teater ini bakal dipentaskan pada 27 Mac hingga 8 April 2012 di Panggung Sari, Istana Budaya. Jangan lepaskan peluang menyaksikannya.


Korang leh jugak tgk entry yang en husband tulis ==> sini

korang tggu entry seterusnya ya... ain akan update gmbr2 sekitar teater Muzikal Gerimis Mengundang

1 org yang baik hati komen: