.

Thursday, February 23, 2012

Ratu Rock Ella Dilamun Cinta?

Teks oleh Kheme Rosly
Khemerosly@yahoo.com

KUALA LUMPUR 21 FEBRUARI 2012: Sudah lama tidak menyaksikan Ratu Rock, Ella menghiasi mana-mana muka hadapan majalah fesyen tempatan.

Editorial majalah fesyen dan gaya hidup EH! bijak memilih penyanyi bersuara serak itu untuk menjadi wakilan kepada sampul hadapan Mac ini.

Penolong Editor Kecantikan dan Gaya Hidup EH!, yang juga menjadi penyelaras bagi penggambaran kali ini, Khairul Abidin berkata antara penyebab Ella dipilih adalah kerana dia baru sahaja tamat dengan konsertnya bersama Awie di Istana Budaya dan bakal menjadi mentor dalam rancangan realiti kelolaan TV3 iaitu Mentor.

Khabarnya Ella juga kini sedang asyik bercinta dan mahu dikongsinya. Siapakah orangnya? Ella bagaimanapun masih belum boleh bersedia mendedahkan kesemua rahsianya.

EH! juga mengorek cerita tentang Ella yang gemar membeli-belah, apatah lagi dia juga kerap terbang ke sini sana atas undangan nyanyian.

Dalam celotehnya bersama majalah berkenaan, Ella memberi tahu dia gemar mengirim barang keperluan daripada kakaknya yang tinggal di United Kingdom dan juga kerap menjadikan jurusolek selebriti terkenal, Saidatulnisa (juga kakak kandungnya) sebagai tempatnya mengirim barang sekiranya terbang ke mana-mana atas urusan kerja ataupun bercuti.

Tidak seperti muzik yang dibawakannya, jiwa Ella adalah jiwa wanita sejati yang lemah lembut sikapnya. Watakannya yang manja menjadikan Ella cukup senang didekati.

Malah kala melangkah ke set penggambaran sampul hadapan ini, portal murai.com.my diberitahu dia hanya mengenakan helaian summer dress dan gladiator, santai sekali.

Menghiasi sampul muka hadapan dalam balutan gaun hijau berjemeki perak rekaan BCBG Maz Azria, penampilan Ratu Rock diperhebatkan lagi dengan padanan leather skirt daripada Topshop bersama sentuhan tali pinggang rona merah jambu pelengkap gaya.

Gabungan ini menampakkan Ella dalam gaya seorang rock chic, gaya rock seorang wanita cantik.

Selain itu juga, dia mengenakan busana mewah daripada Micheal Kors dan juga Calvin Klein untuk penghias helaian dalam majalah EH!

Tatarias kemas sentuhan oleh Khir Khalid dan rambut pula digayakan oleh Lois Lee.

EH! turut berkongsi rasa dengan pembaca setia mengenai trend solekan bagi musim baru yang bakal tiba.

Turut sama dikongsi bersama ialah 30 produk kecantikan terlaris musim bunga dan panas termasuklah wangian, alatan solek, produk penjagaan dan pelbagai lagi.

Ilham cantik mereka juga mengetengahkan sembilan gaya paling hangat musim ini.

Bagi pencinta fesyen anda pasti akan tampil lebih bergaya dengan idea terbaru olahan mereka dalam Fenomena Rona Musim Bunga.

Halaman 12 muka surat menampilkan label mewah antaranya Gucci, Christian Dior dan Louis Vuitton bakal bikin hati lebih berinspirasi untuk bergaya musim ini.

Gabungan rona pastel lembut dan juga perincian seperti lisu mainan para pereka pasti buat anda tambah bertenaga.

Pengamatan tentang 12 trend yang dijangka bakal hot musim ini juga akan memastikan anda sentiasa beredar mengikut putaran fesyen antarabangsa.

Cukup berinformasi dan menarik bukan? Jangan lupa jadilah individu yang terawal mendapatkan EH! Mac ini.

CREDIT : MURAI.COM.MY

0 org yang baik hati komen:

Post a Comment