.

Wednesday, February 8, 2012

Hantu Dalam Botol Kicap - review

hari nie ain terpilih antara yang bertuah untuk ke Pra tonton Filem Hantu dalam Botol Kicap di TGV Sunway Piramid....

sangat-sangat dan sangat-sangat best..... mmg kelakar habis lah.... even ade scene yang sangat-sangat terkejut.... lagi plak ain nie jenis takut tengok filem hantu mantu nih....

Komedi seram ini memberi satu kelainan dalam filem2 masa kini dan yang pastinya kelainan ini membuatkan satu panggung ketawa x henti2.... satu filem yang rasanya sangat sesuai di tonton oleh semua lapisan umo...

Hasil yang sgt superb dan tahniah pada Metrowealth Pictures....

Kalau d tanya dr 5 bintang berape bintang ain nak kasi??  harus lah 4 bintang.... dan husband pun sama jgk.... mmg layan ar tgk citer nie...

Untuk korang2 ain sgt2 suggest korang p tgk.... rugiiiii ooooo kalau tak tengok...

BTW, setiap kali tengok pra tonton dengan MIG ONLINE mmg tak pernah menghampakan... layanan MIG ONLINE sgt2 bagus.... sgt superb..... tp puji bukan ade makna pun.... ain cakap atas ape yang ain rasa dan lalui....

nah.... layan trailer nie.... dan sinopsis citer nih..... jangan lupa p tgk k.... yang pasti korang tak kan menyesal beli tiket.... mmg best.... sgt best....



SINOPSIS FILEM HANTU DALAM BOTOL KICAP | "Aminah dan suaminya, Hussin pulang ke kampung bersama tiga orang anak mereka, Azri, Epul dan Rina. Aminah ingin meminta ibunya, Nek Temah menjaga ketiga-tiga anaknya . Nek Temah merupakan seorang dukun dikampungnya. Hari pertama tiga beradik itu di rumah Nek Temah, mereka diberitahu tentang pantang larang di rumah tersebut. Pertama, mereka tidak boleh keluar rumah selepas maghrib dan kedua, mereka tidak boleh masuk bilik misteri yang diikat selempang merah.


Ketika Nek Temah keluar mengubat, Epul terpandang bilik yang diikat selempang merah dan kedengaran bunyi botol berlaga dari dalamnya dan hendak cuba membuka pintu tersebut tetapi terhalang kerana Nek Temah berdiri di belakangnya. Pada suatu hari, Nek Temah menyuruh cucu-cucunya menangkap, mencabut bulu dan menyembelih ayam. Nek Temah ingin mengajar mereka agar bekerjasama dan akhirnya mereka berjaya menyempurnakan tugasan tersebut. Semasa makan, Rina teringin untuk makan nasi bersama kicap.


Epul mencadangkan agar mereka membuka pintu misteri tersebut. Ketika pintu terbuka, tangan Rina luka dan Epul menggunakan kain pengikat botol untuk membalut tangan kakaknya. Seekor hantu terlepas dan hampir mencekik Rina tetapi disergah oleh Nek Temah. Apakah yang terjadi pada Rina, Epul dan Azri? Semua terjawab dalam filem hantu dalam botol kicap"
SINOPSIS : Credit to harrazdani

3 org yang baik hati komen:

  1. tgk trailer dia pun dah terbahak2 nini kan ceritanya.. sure klaka :D

    ReplyDelete
  2. kenapa la makin sampah filem malaysia ni

    ReplyDelete
  3. sape emmet nie? hurm mn der mcm sampah... HDBK ni best... sape kate best tak tau....

    ReplyDelete