Wednesday, January 11, 2012

Diana Amir Kesal Dengan Aksi Berkemban

Sumber : MURAI

Pendapat ain la kan... jangan la kita hukum atau padang rendah pada Diana Amir...dia dh berubah kan... ape lah dia mampu buat kan... menda dh di rakam lama dulu.... semoga tak der suara2 sumbang yg mengutuk Diana Amir... tolong la bagi peluang kat dia....


KUALA LUMPUR, 11 JANUARI 2012: Pelakon yang kini berimej tudung litup, Diana Amir akui kesal dengan adengan lakonannya berkemban di dalam filem Keramat yang bakal ditayangkan pada 12 Januari ini.

Meskipun adengan atau penggambaran filem seram terbitan Metrowealth (MIG) itu dijalankan sebelum dia mengambil keputusan untuk bertudung dan berhijrah, namun sedikit sebanyak telah memberi kesan yang sangat mendalam kepada dirinya.

"Filem Keramat menjalankan penggambaran lebih kurang dua tahun lepas iaitu akhir tahun 2010. Manakala keputusan saya berhijrah baru sahaja iaitu pada pertengah bulan September tahun lalu.

"Jadi dalam masa dua tahun semua orang boleh berubah. Bukan sahaja dari segi penampilan, malah ideologi dan tindakan kita juga boleh berubah. Begitu jugalah saya.

"Apa yang berlaku ini adalah pengajaran buat diri saya dan saya ambilnya sebagai iktibar dalam hidup saya," luahnya yang ditemui selepas prebiu Filem Keramat di MBO Subang Parade, malam semalam.

Diana Amir yang memegang watak Mustika dalam filem Keramat itu bukan sahaja berkemban malah membawa watak menggoda.

Selain Diana Amir, filem arahan Azahari Zain tersebut telah dibintangi pelakon lain seperti, Rebecca Nur Islam, Zul Handy Black dan Mon Ryanti.

Walaubagaimanapun, Diana Amir berkata dia terpaksa akur dan redha kerana apa yang berlaku di luar kawalannya. Malah berharap agar peminat dapat memahami situasi tersebut.

"Tiada apa yang boleh saya lakukan selain meyakinkan peminat dan orang ramai bahawa apa yang mereka lihat itu adalah diri saya sebelum ini yang kurang keteguhan dan pendirian agama.

"Filem ini juga sudah menjadi hak milik MIG. Saya hanya akur dan redha walaupun pengarahnya, Azahari Zain telah datang kepada saya dan melahirkan rasa serba salah terhadap saya.

"Apa yang berlaku bukan salah sesiapa, tetapi semua adalah tanggungan saya. Kini saya hanya berserah kepada Tuhan kerana Dia yang maha mengetahui segalanya," katanya lagi.

Lebih menggusarkan pelakon Aku Masih Dara ini bukan sahaja kepada filem Keramat sahaja tetapi kepada tiga buah filem lain iaitu 3Temujanji, X, dan Per3 yang bakal ditayangkan tidak lama lagi kepada umum dengan penampilannya tidak bertudung.

"Ketiga-tiga filem ini semuanya menjalankan penggambaran sebelum saya bertudung. Sekali lagi saya akan tanggung semua rasa malu dan terkilan ini dalam tempoh yang agak lama.

"Apa yang penting, saya mahu minta Tuhan ampunkan segala dosa saya yang lalu kerana saya benar-benar kesal. Namun saya redha," jelasnya penuh sesalan.

0 org yang baik hati komen:

Post a Comment