Friday, January 6, 2012

ASMA

Penyakit Asma Berkaitan Pekerjaan

Racun Makhluk Perosak adalah bahan yang digunakan untuk memusnah dan mengawal serangga atau tumbuhan perosak. Contoh racun makhluk perosak ialah racun parakuat, organofosfat, organoklorin, glifosat dan karbamat. Racun makhluk perosak berguna untuk mengawal makhluk perosak dan meningkatkan penghasilan pertanian tetapi ia juga berbahaya kepada manusia.
Bagaimana keracunan boleh berlaku?
 Seseorang boleh terdedah kepada keracunan racun makhluk perosak melalui 3 cara:
  1. Tertelan makanan atau minuman yang dicemari racun makhluk perosak.
  2. Sentuhan kulit dengan racun makhluk perosak.
  3. Terhidu racun makhluk perosak.

Pekerja yang berisiko
Siapakah pekerja yang berisiko?
Contoh pekerja yang berisiko adalah
  • Peladang/petani
  • Pekerja ladang/estet
  • Pekerja kilang racun makhluk perosak.
Gejala
Pendedahan kepada racun makhluk perosak boleh menyebabkan kecederaan kepada badan, antaranya seperti berikut:
  • Kesan serta-merta seperti sakit kepala, loya, berpeluh, kulit merengsa dan kematian.
  • Kesan jangka masa panjang seperti tangan mengeletar, kelupaan, kurang daya ingatan, kurang daya tumpuan, kekuningan mata serta keletihan.
Komplikasi
Apakah yang paling teruk boleh terjadi akibat keracunan ini?
  • Kerosakan kekal fungsi ginjal (buah pinggang), hati, paru-paru dan saraf serta kemandulan.
  • Kematian.
Rawatan
Rawatan kecemasan perlu diberi serta merta untuk menyelamatkan nyawa mangsa.
  • Bawa mangsa terlibat ke tempat yang selamat yang mempunyai pengudaraan yang baik seperti kawasan lapang
  • Tanggalkan pakaian yang tercemar
  • Jangan cuba memaksa pesakit untuk muntah
  • Bersihkan bahagian tubuh atau anggota yang tercemar dengan racun makhluk perosak menggunakan air yang banyak selama 15-20 minit.
  • Hantarkan mangsa terlibat ke hospital dengan segera.
  • Jangan lupa, bawa bekas racun yang terlibat ke hospital bersama pesakit.


Pencegahan keracunan racun makhluk perosak
Bagaimanakah saya boleh mencegah kejadian keracunan racun makhluk perosak?
  • Pastikan anda tahu jenis racun makhluk perosak yang digunakan
  • Patuhi setiap arahan pengendalian racun makhluk perosak yang dibekalkan oleh pengeluar setiap masa
  • Amalkan teknik pengendalian yang selamat
  • Labelkan bekas racun makhluk perosak dengan betul
  • Simpan racun makhluk perosak di tempat yang berkunci dan berasingan dari barang-barang lain.
  • Jangan pindahkan racun makhluk perosak ke dalam bekas lain; gunakan bekas yang asal sahaja.
  • Jangan gunakan semula bekas racun makhluk perosak yang telah kosong.
  • Lupuskan semua bekas racun makhluk perosak yang kosong dengan menanam dalam tanah yang sesuai atau hantar kepada pihak tertentu yang dilantik.
  • Gunakan alat pelindung diri yang sesuai dengan cara yang betul.
Apakah amalan pengendalian yang selamat?
  • Memakai pakaian dan peralatan pelindung diri yang sesuai.
  • Sentiasa menggunakan sarung tangan semasa membancuh racun makhluk perosak.
  • Jangan makan, minum atau merokok semasa mengendalikan racun.
  • Semburan racun makhluk perosak mestilah menurut arah angin.
  • Basuh bahagian badan yang terdedah SEGERA dan mandi selepas setiap kali mengendalikan racun
Apakah pakaian yang sesuai dan selamat semasa mengendalikan racun makhluk perosak?
  • Baju berlengan panjang dan seluar panjang.
  • Topi
  • Apron plastik
  • Kasut/but keselamatan
  • Sarung tangan getah
  • Topeng muka
  • Kacamata pelindung mata

0 org yang baik hati komen:

Post a Comment