KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata pembatalan konsert yang dijadual menampilkan penyanyi terkenal Amerika Erykah Badu, tidak akan merosakkan imej negara di peringkat antarabangsa.
Beliau berkata, Kerajaan Malaysia berhak berbuat demikian kerana sensitiviti agama di negara ini perlu di beri keutamaan dalam membuat sesuatu pertimbangan.
"Saya tak fikir begitu (pembatalan itu menjejaskan imej negara) kerana ada banyak perkara yang perlu dipertimbangkan oleh Malaysia dan hakikatnya penghayatan tentang sensitiviti agama di negara ini, perlu diberi keutamaan.
"Saya berpendapat Malaysia berhak membuat pertimbangan seperti itu dan kami juga menimbangkan hak pihak lain apabila membuat pertimbangan lain," katanya kepada pemberita di luar Persidangan Menteri-Menteri ASEAN Bertanggungjawab Bagi Maklumat (AMRI) Ke-11 di sini hari ini.
Beliau ditanya pemberita sama ada pembatalan itu boleh merosakkan imej negara di peringkat antarabangsa.
Konsert berkenaan yang dijadual diadakan di ibu negara malam tadi, dibatalkan kerana melanggar garis panduan Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL).
Menjawab soalan lain, Rais berkata Badu membayangkan niatnya untuk mengadakan perjumpan dengan beliau melalui Twitter semalam.
"Bagaimanapun, malam tadi, kami terbabit dengan pelbagai kegiatan, tapi dia menghantar satu Tweet kepada saya untuk menyatakan yang dia menghormati sistem nilai dan sentimen agama serta sensitiviti kita.
"Saya berharap dapat menemuinya hari ini dan dengan persatuan berkenaan kemudian," katanya. - BERNAMA
SUMBER
:: Ujian Buat Semua Yang Terlibat ::
2 weeks ago
0 org yang baik hati komen:
Post a Comment