.

Thursday, December 6, 2012

Preview Filem Strawberi Cinta

Bertempat di Sunway Piramid, Metrowealth Pictures (MIG) mengadakan preview filem Strawberi Cinta yang akan ditayangkan seluruh pawagan mulai 6 Disember 2012. Filem ini adalah yang ke-70 terbitan MIG menampilkan gandingan Yana Samsudin dan Pierre Andre.
Filem Strawberi Cinta mengisahkan perjalanan seorang pelancong Jepun bernama Ichigo (Yana Samsudin) yang datang melawat Malaysia bersama rombongan pelancong senegaranya yang lain melalui sebuah pakej pelancongan Strawberry Vanilla Travel & Tours dan bertemu dengan Hakimi (Pierre Andre) seorang pemandu pelancong.



Apabila berada di Malaysia dia berasa tertarik dengan kepelbagaian budaya serta agama penduduk Malaysia dan berasa kagum dengan keharmonian yang dikecapi Malaysia selama ini. Pada masa yang sama Ichigo mengupah penyiasat untuk mencari ibu kandungnya.





Apabila Ichigo melihat beberapa tempat yang dilawatinya, dia segera akan teringat kenangan bersama ibunya dahulu. Hakimie sebagai pemandu pelancong dapat mengesan bahawa tujuan Ichigo lain dengan pelancong-pelancong yang pernah dia jumpa. Ichigo pula merahsiakan tentang tujuannya yang sebenar di Malaysia. Sehinggalah satu kejadian yang menimpa Ichigo dan di situlah segalanya terbongkar.
Apakah kejadian dan sebab yang membuatkan Ichigo datang ke Malaysia? Siapakah Shafiqa (Diana Amir) yang membuatkan Ichigo tertanya-tanya?

Trailer Strawberi Cinta

**Komen saya tentang filem ini adalah:
- sebuah filem yg memberi kelainan dalam industri perfileman Malaysia
- kepelbagaian watak yang dibawa oleh Yana Samsudin.
- begitu menghiburkan dgn watak2 tambahan dlm filem ini.
- 4.5 dari 5 bintang utk filem ini.


1 org yang baik hati komen: